Ketika majlis perkahwinan Che Ta dan Zain Saidin, semakin banyak pula kontroversi yang melanda pasangan. Terbaru apabila Zain Saidin mengumumkan bahawa kos persiapan perkahwinan mereka mencecah RM 200,000, ramai yang memberikan kata-kata negatif kepada pasangan ini. Ada yang berpendapat itu semua membazir lebih-lebih lagi apabila gambar pra-perkahwinan mereka di ambil di Bali. Kata Che Ta:
Buat majlis kecil-kecilan pun orang pertikaikan, bila buat besar-besaran pun orang tetap mengata. Kami buat (majlis) untuk kepuasan kami! Terpulanglah apa orang nak anggap.
Saya rasa semua ada pendapat masing-masing. Ada yang kata membazir, ada pula yang cakap kalau mampu apa salahnya?
Pada saya, biarlah kami buat (majlis) seperti apa yang saya mahukan. Kami tahu apa kami lakukan, jadi tak perlulah nak dengar ‘suara-suara kecil’ itu.
Kita bukan nak hebahkan apa yang kami buat sebab saya tahu pasti ada yang mungkin tak berpuas hati tapi ia dipaparkan pihak media.
Sekarang pun saya sibuk buat beberapa kertas kerja (perkahwinan). Semalam baru buat ujian darah. Itu saja setakat ini. Yang lain pengurus saya Afeeq uruskan
Betul juga apa yang dikata oleh Che Ta, kalau buat kecil-kecilan, nanti dikata Che Ta tak mampu walaupun banyak job. Sebenarnya yang mengata ni adalah sebab mereka sendiri tak mampu nak buat majlis seperti Che Ta. Mengata sahaja la yang mereka mampu.
No comments:
Post a Comment