Pages

Monday, November 18, 2013

[Gempar]: Kisah Seram Di Sebalik Villa Nabila

Rasanya misteri kejadian 32 hilang di Villa Nabila yang terletak di Johor Bahru telah menjadi trending untuk hari ini. Kalu tengok gambarnya, memang seram juga kalau datang ke tempat ini pada waktu malam.


Namun, menurut BH:

JOHOR BAHRU: Polis Johor mengesahkan hanya seorang remaja, bukannya 23 orang yang kononnya hilang di sebuah banglo usang di Jalan Skudai, dekat sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, berkata pihaknya hanya menerima satu laporan berhubung kehilangan seorang remaja berusia 16 tahun sejak Sabtu lalu. "Laporan itu dibuat ibu mangsa jam 1 pagi tadi dan beliau dimaklumkan rakan anaknya, mangsa didakwa memasuki kawasan villa tinggal berkenaan," katanya.


Sementara itu, sejak jam 8 pagi tadi kawasan sekitar villa tinggal itu dipenuhi orang ramai susulan hebahan berita kehilangan remaja berkenaan dalam laman sosial.


Macam versi yang admin dengar tentang villa ini. Antaranya:


Versi 1 : Terdapat satu keluarga yang kaya raya dan hidup bahagia. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, tinggallah anak tunggalnya bernama Nabila. Nabila tinggal bersama orang gajinya. Disebabkan Nabila bakal mewarisi harta kekayaan ibu bapanya, orang gaji tersebut nekad membunuh dan mayat Nabila telah disimen dalam salah satu kawasan villa tersebut. 

Versi 3 : Keluarga Nabila telah dirompak dan Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam pada salah satu dinding dalam Villa itu.

Versi 4 : Keluarga Nabila adalah keluarga kaya yang sangat bahagia, tetapi pada suatu hari secara tiba-tiba bapa Nabila mengamuk lalu membunuh seluruh ahli keluarganya dan menembak dirinya sendiri.

Versi 5 : Villa ini dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Sebelum membina Villa ini si suami berjanji akan membahagikan tanah tersebut kepada 6 orang adik beradiknya, tetapi si suami itu mungkir janji lalu mengundang kemarahan 6 orang adiknya itu. Mereka mengupah wakil membunuh anak tunggal si suami iaitu Nabila dan isterinya kerana enggan membahagikan tanah tersebut. Akhirnya si suami juga turut dibunuh dan Villa itu terbiar selama 70 tahun.

Versi 6 : Versi terakhir. Menurut cerita orang dahulu Villa tersebut kepunyaan seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ nya dilucutkan, kemudian dia berpindah dari Villa tersebut dan hingga kini Villa itu terbiar.
 Pintu masuk ke Villa Nabila




Jalan di sekitar Villa Nabila



No comments:

Post a Comment