Mungkin sekarang ini sedang musim saman menyaman kerana selepas selesai kes saman Rebecca Nur Al Islam kepada pengarah terkenal Erma Fatima, kini giliran Hanez Suraya pula. Hanez Suraya kini sedang memfailkan saman kepada bekas pembantu peribadinya, Mohd Fairus Mohd Lazim di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. Apa sebenarnya punca Hanez Suraya ingin menyaman bekas PA beliau?
Menurut Hanez:
Saya memfailkan saman kepada Mohd Fairus kerana dia telah memfitnah dan
mengaibkan saya. Salah satu cara yang dilakukan oleh Mohd Fairus adalah
memfitnah saya menerusi laman sosial seperti Instagram menerusi akaun
‘DashaSultan’ dan Twitter menerusi akaun ‘Dasha_Sultan’. Selain itu, dia
juga ada memburukkan saya kepada kawan-kawan yang lain, pihak media dan
rakan-rakan artis. Saya ada kesemua bukti yang menyatakan dia memfitnah
saya,” jelas Hanez ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.
Kata Hanez Suraya, ini bukan kali pertama bekas PAnya menyebarkan fitnah dan kata-kata buruk, tetapi telah beberapa kali.
Sebelum ini, pada bulan Oktober lalu, saya ada menghantarkan surat sebelum tindakan ‘Letter of Demand’ kepada Mohd Fairus menerusi peguam saya, Tetuan Harjit Sandhu. Namun begitu, dia enggan menandatangani salinan surat tersebut sebagai bukti dia telah menerima surat tersebut. Surat tersebut mengarahkan Mohd Fairus untuk membuat permohonan maaf kepada saya secara terbuka dalam masa 48 jam dari tarikh penerimaan surat tersebut.
Selepas itu, Mohd Fairus ada berjumpa saya dan menyatakan hasrat untuk memohon maaf kepada saya. Dia telah memuat naik permohonan maaf menerusi akaun Instagram dan Twitter miliknya. Selepas permohonan maaf, saya ingatkan perkara ini telah selesai dan tiada lagi perkara berbangkit, namun begitu tanggapan saya ternyata salah. Dia masih memfitnah dan mengaibkan saya seperti biasa.
Tujuan saya memberikan kenyataan kepada GUA adalah untuk pihak Mohd Fairus mengambil perkara ini secara serius. Saya telah lama mendiamkan perkara ini dan saya tidak langsung menceritakannya kepada pihak media. Hanya keluarga dan teman rapat sahaja yang mengetahuinya. Saya juga telah berusaha untuk menghantarkan surat ‘Letter of Demand’, tetapi pihak Mohd Fairus tetap kembali mengaibkan saya. Hari ini Mohd Fairus atau wakilnya tidak menghadirkan diri ke Mahkamah. Mungkin isu ini dianggap ringan oleh pihak Mohd Fairus, tapi sebenarnya perkara ini adalah sangat berat.
Saya berharap, selepas ini biar pihak peguam saya menjalankan tugas. Jika perkara ini menjadi semakin teruk, saya akan mengadakan sidang media bersama peguam saya untuk menjelaskan secara lebih terperinci. Buat sementara ini, saya tidak mahu menghebohkan lagi perkara ini. Biar kenyataan ini menjadi satu-satunya kenyataan saya buat masa ini. Takut nanti jika ada banyak kenyataan lain, perkara akan menjadi makin serius. Lebih-lebih lagi perkara telah dibawa ke mahkamah. Biar pihak berwajib menjalankan tugas.
Berat juga kes Hanez Suraya ini. Kalau admin berada ditempat Hanez, mungkin admin akan saman juga. Tidak diketahui pula jumlah saman yang bakal dikenakan. Betul kata orang-orang tua, kerana mulut badan binasa.
No comments:
Post a Comment