ZE AIDA menyerahkan kenyataan permohonan maaf kepada Ahamed Azlan (kanan) sambil diperhatikan Ahmad Fazli di Restoran Nasi Vanggey Greentown di Ipoh malam kelmarin. |
IPOH – Kontroversi membabitkan
penyebaran maklumat palsu di laman sosial Facebook kononnya sebuah
restoran nasi kandar di Ipoh diserbu pihak polis ekoran penemuan najis
manusia di tempat memasak berakhir dengan kemunculan seorang gadis
membuat permohonan maaf malam kelmarin.
Menggunakan nama Ze Aida, gadis berusia
23 tahun itu memberitahu, dia tidak berniat untuk menghina dan
memburuk-burukkan Restoran Nasi Vanggey Greentown sehingga menjejaskan
imej dan perniagaan restoran berkenaan.
Wanita itu mendakwa isu tersebut
tercetus selepas dia menyalin status seorang pemilik akaun Facebook lain
mengenai keburukan Restoran Nasi Vanggey ke akaun Facebook miliknya.
Status Facebook tersebut berbunyi:
“Polis baru saja menyerbu restoran vanggey (nasi ganja) % mendapati
terdapat ‘najis manusia’ di dlm peti simpan mknn yang dipercayai untuk
salut periuk dgn tujuan ilmu penunduk (ilmu hitam)…patutlah restoren tu x
penah kekeringan manusia..apa yg sdp sgt pon x tau lah..euww lah
patutlah aku x berkenan!.”
Selepas memuat naik status itu pada
Khamis lalu, Ze Aida dari Bandar Lahat Baru, Lahat di sini berkata, ada
pihak lain telah mencetak paparan statusnya lalu menyebarkan maklumat
itu secara meluas menerusi telefon pintar dan internet.
Penyebaran maklumat palsu itu
menyebabkan pihak pengurusan Restoran Nasi Vanggey menuntut Ze Aida,
seorang graduan ijazah, membuat permohonan maaf secara terbuka kepada
pihak restoran sambil disaksikan wakil media.
Majlis permohonan maaf tersebut diadakan pada sidang akhbar di restoran itu pukul 10.30 malam kelmarin.
Nota KacangKuda: Orang tua-tua kata, kerana mulut badan binasa. Kalau pun mengeluarkan status, sentiasa la berhati-hati. Ramai yang memandang.
No comments:
Post a Comment