1 November merupakan hari di mana sambutan Halloween meriah diadakan di negara-negara Barat. Secara ringkas, Halloween adalah
tradisi perayaan malam 31 Oktober yang dikaitkan dengan makhlus halus,
syaitan, ahli sihir dan hantu.
Pada malam tersebut kanak-kanak akan
berpakaian aneh dan mengetuk pintu rumah orang untuk meminta gula-gula
dengan menjerit ‘trick or treat!’. Orang dewasa pula, merayakannya dengan
sambutan yang lebih ke arah ‘kedewasaan’ seperti mengadakan parti di
mana semua orang datang dengan berpakaian dengan berunsur seram. Itu di negara Barat.
Tapi nampaknya, sambutan Halloween turut menular ke negara kita termasuk
dalam kalangan artis. Adakah kerana mereka ARTIS maka mereka juga kena
menyambutnya, takut nanti dikatakan ketinggalan zaman. Namun mungkin menyedari kontroversi
yang pernah tercetus pada tahun-tahun sebelum ini, bagi artis yang
memuatnaik gambar mereka merayakan Halloween, tahun ini tak ramai
berbuat demikian.
Bagaimanapun, masih ada artis Malaysia yang dikesan meraikan malam
semalam dan tidak kisah untuk memuat naik gambar di laman sosial.
Antaranya Shasha Saidin dan Juliana Evans. tidak kira Shasha, Juliana mahu pun
artis-artis lain yang terbabit menyambut Halloween, niat mereka mungkin
sekadar suka-suka sahaja untuk memeriahkan suasana. Tak apalah, kami
faham.
Tapi dah alang-alang suka sangat menyambut setiap perayaan, kami ingin
mencadangkan kepada mereka agar tidak lupa menyambut satu lagi perayaan
yang bakal jatuh pada 5 November depan, iaitu awal Muharam.
No comments:
Post a Comment