Nampaknya filem Penanggal akan menemui penonton tidak lama lagi. Ummi Nazeera adalah salah seorang pelakon utama dalam filem tersebut. Namun, ada desas desus yang mengatakan Ummi tidak dapat mengikuti aktiviti promosi filem tersebut gara-gara beliau sudah berhijab. Ada yang mengatakan beliau tidak dapat hadir kerana malu gara-gara dalam adegan filem tersebut, beliau memaparkan aksi berkemban dan tidak bertudung. Pengarah fileh tersebut, Elly Suriati tampil memberikan penjelasan:
Saya difahamkan Ummi tidak terlibat dengan sebarang promosi filem ini kerana dia masih belajar di Australia dan ia langsung tidak ada kena mengena mengenai penghijrahannya seperti yang diperkatakan ramai. Lagipun saya percaya Ummi profesional dan selagi saya tidak nampak di depan mata sendiri mengenai perubahannya (berhijab), saya juga tidak boleh cakap sebarangan
Elly Suriati semestinya sudah faham dengan situasi Ummi Nazeera yang sedang sibuk belajar. Kalau orang tengah belajar, tidak perlulah diganggu. Kalau dipaksa juga, nampak sangat pengarah tidak berhati perut. Bukan beliau pergi berfoya-foya pun.
No comments:
Post a Comment