Pages

Wednesday, November 20, 2013

[Gosip]: Peminat Dedah Bukti Zizan Razak & Emma Maembong Bercinta

Boleh dikatakan apa yang dilakukan oleh peminat Zizan Razak dan Emma Maembong memang fanatik sungguh. Iyerlah, mereka sedaya upaya mencari bukti yang kedua pasangan ini sedang bercinta sekaligu menyangkal kenyataan bahawa mereka sekadar berkawan. Bukti bukti bergambar telah dimuatnaik oleh oleh peminat melalui laman Instagram (ZizanEmmaLoveStory). Tapi apabila melihat kepada bukti-bukti di bawah, ada logiknya kalau mereka bercinta. Antara buktinya ialah Emma memberikan kata-kata semangat kepada Zizan semasa Konsert Akhir AF13 yang bakal berlangsung. Ada simbol love lagi. Bukan itu sahaja, Zizan turut membalas dengan kata-kata yang manja sekali. 


Malah, Zizan Razak ada membuat status 'Miss u sayang', dan tidak berapa lama selepas itu, Emma turut membalas dengan kata-kata rindu. Kalau nak dikata kebetulan, terlalu banyak kebetulannya. Kalau mereka betul-betul bercinta pun, apa salahnya. Sama-sama cantik, sama-sama single. Tak begitu?












No comments:

Post a Comment