Pages

Monday, November 18, 2013

[Panas]: Kontroversi Adegan Ranjang Marsha Milan Londoh Dan Wan Hanafi Su

Terkejut juga admin dengan cerita yang tengah menjadi perbualan hangat mengenai adegan ranjang Marsha bersama Wan Hanafi Su dalam filem Laga. Kalau di luar negara, perkara ini adalah normal, tapi bila melibatkan negara Islam seperti Malaysia, semestinya perkara begini bakal membangkitkan tohmahan orang ramai. Namun, Marsha mendakwa beliau cuba untuk memperbetulkan persepsi kolot sesetengah orang melalui adegan ini:

Saya ingin memperbetulkan sedikit persepsi kolot sesetengah orang. Bagi saya, lakonan itu mempunyai seni tersendiri yang tidak mampu ditafsirkan dengan mudah atau dilihat dengan mata kasar.
Pada dasarnya, saya sudah diberitahu oleh pengarah Laga, tentang adegan ini. Awal-awal lagi saya sudah berbincang tentang teknik pengarahan untuk babak ini.
Sebenarnya, babak ini dihasilkan berpaksikan kepada jalan cerita. Bukan sengaja diwujudkan bagi mempopularkan filem ini bagi meraih ‘box-office’ atau sebagainya.



Tambah Marsha lagi:

Sebagai pelakon, saya puas dapat merealisasikan watak ini seperti yang dikehendaki oleh pengarah. Saya tidak mahu memandang hal ini sebagai satu tembok untuk saya memperbaiki mutu lakonan saya.
Yang pasti, peluang berlakon dan bekerjasama dengan aktor-aktor seperti Wan Hanafi Su, Datuk Rosyam Nor, Eman Manan sudah dianggap satu penghormatan kepada orang seperti saya yang ingin meningkatkan kualiti lakonan dari semasa ke semasa


Baru admin tahu bahawa adegan ranjang pun mempunyai nilai yang tersendiri. Kalau admin masuk panggung pun, nampak adegan begini, memang admin tidak mampu nak melihat kesenian di sebalik aksi 'panas' di atas katil.


No comments:

Post a Comment