Berikutan kontroversi Adi Putra mempunyai hubungan sulit di wassap, ternyata memberikan tekanan kepada selebriti ini. Walaupun pihak polis masih belum mengeluarkan keputusan siasatan kes tersebut, Adi Putra walaubagaimanapun menghadapi hari-harinya seperti biasa. Menurut Adi Putra:
Buat apa saya melarikan diri? Saya masih lagi menghadiri pelbagai acara. Kalau saya mahu lari, pastinya saya tidak akan tampil di khalayak umum. Allah itu maha adil. Biar kebenaran itu keluar nanti. Peminat pun masih menyokong saya.
Mengenai kes tersebut, saya masih menunggu konklusi daripada pihak berkuasa. Apabila saya dapat keputusannya, saya akan kongsikan kepada semua. Alhamdulillah, walaupun adanya kes dan kontroversi sebegitu, saya peroleh perkara lain iaitu saya akan membuka cabang bisnes baru yang berteraskan barang-barang keperluan mandi. Perkara ini tidak menjejaskan kehidupan dan kerjaya seni saya.
Admin memang berharap benar kes ini dapat diselesaikan dengan cepat. Manakan tidak, ekoran kontroversi yang melanda, sudah tentu karier Adi Putra serba sedikit sudah tergugat. Bertanya mengenai isu Adi Putra menggunakan orang atasan untuk memenangi kes tersebut, beliau berkata:
Saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara itu. Jika ada
orang berkata sedemikian, terpulanglah. Saya rasakan mereka yang
bercakap sebegitu mengambil berat dan menyayangi saya. Kalau orang tidak
bercakap maknanya mereka tidak mengambil berat pasal saya,. Oleh itu
saya ingin berterima kasih kepada mereka. Sebagai selebriti, saya tidak
boleh menghalang apa yang mereka ingin katakan
No comments:
Post a Comment