Kecoh sebentar dunia hiburan baru-baru ini bila Datuk Jamal Abdillah, 54, dikatakan telah merisik Nas Adila, 27 untuk menjadi isterinya. Namun, Datuk Jamal Abdillah telah tampil memberikan kenyataan bahawa gosip tersebut adalah palsu. Kata beliau:
Sebenarnya saya dapat banyak pengajaran daripada kejadian ini. Namun, sebelum itu saya ingin menafikan dan bersumpah dengan nama Allah, saya tidak ada apa-apa hubungan dengan dia. Tambahan, tentang bertunang dan merisik semuanya tiada.
Saya juga dapat maklum balas daripada peminat-peminat saya dan semua orang, jadi saya nampak kejadian ini telah membuatkan saya membuka mata bahawa betapa sayangnya mereka pada saya. Ini sebenarnya, kasih sayang mereka pada saya, memberi pandangan, nasihat serta sebagainya. Saya bersyukur sebenarnya.
Beliau sememangnya terkejut apabila dikejutkan dengan gosip ini dan beranggapan berita tersebut disebarkan gara-gara Nas Adila ada memuatnaik gambar mereka berdua di laman sosial:
Untuk pengetahuan semua, saya ada buat beberapa konsert di Istana Budaya
dan Kuala Terengganu dan sebagainya. Saya tidak tahu puncanya, namun
mungkin foto-foto yang dimuat naik oleh Nas sendiri di laman sosial
ketika kami sedang bekerja, disalah anggap oleh sesetengah pihak. Saya
seperti majikannya yang mana saya sering bekerja dan bukan sahaja
bersamanya, malah dengan orang lain juga.
Nas Adila sememangnya menyenangi perwatakan Dato' Jamal Abdillah. Kata beliau:
Jamal seorang lelaki sempurna di mata saya. Dia sangat bertanggungjawab
kepada anak-anaknya. Ketika ini dia memang memerlukan kehadiran seorang
suri di hati untuk menjaganya.
Kalau ada jodoh, apa salahnya. Masing-masing bukan milik orang lagi. Siapa tahu kan..
No comments:
Post a Comment