Pages

Tuesday, November 12, 2013

[Panas]: Lana Nordin Dikecam Gara-Gara Pakaiannya di Shout Award

Memang susah kalau sudah menjadi artis zaman sekarang ini. Lagi-lagi jika penampilan mereka menghadiri majlis-majlis menjadi perhatian ramai. Baru-baru ini, Lana Nordin ada berkongsi gambar-gambar di instagramnya ketika berlangsungya Shout Awards. Memang seksi sekali. Dan pasti ramai jejaka di luar sana tidak berkelip mata memandang Lana Nordin.

Ekoran perkongsian gambar gambar tersebut, ramai yang mengecam dan mengkritik penampilan Lana yang dianggap terlalu seksi. Bahkan, Lana turut menerima komen lucah dari peminatnya. Menurut Lana Nordin:

Saya sekat 10,000 peminat di laman Instagram kerana mereka selalu memberikan komen yang seperti sengaja nak mengaibkan saya. Saya dah penat bila nampak komen-komen negatif yang dilemparkan. Ada yang bagi komen dengan kata-kata lucah. Saya tak mahu lah instagram saya sewenang-wenangnya jadi medan golongan ini untuk mengutuk dan mengaibkan saya. Niat saya hanyalah berkongsi aktiviti saya dengan peminat. Bila saya privasikan akaun saya, mereka kata saya sombong. Tapi bila saya kongsi, mereka kutuk saya macam-macam.


Sebelum ini, Lana Nordin ada melahar peminat yang memberikan kata-kata negative:

Tentang saya bersikap lantang pada peminat di Instagram tu, sebenarnya saya tak kisah pun orang nak komen. Nama pun laman sosial, jadi kita kenalah tahu macam mana nak bersosial. Kalau nak tegur tu boleh tapi janganlah sampai mengaibkan. Mak dan ayah saya pun kalau nak tegur salah saya, mereka akan panggil saya seorang dan bukan tegur saya depan adik – beradik saya.
Lagipun masa tu banyak komen yang lucah-lucah. Dan kalau saya diamkan tentu ianya berlarutan. Kalau tak suka, jangan lah follow saya. Kalau mereka rasa berdosa tengok gambar-gambar saya, jadi jangan lah tengok. Tutup mata. Tapi bila dah tengok, diam. Tak payah nak komen yang pelik-pelik.
Saya tak suka nak marah, marah. Cuma saya tak boleh terima kalau orang itu kurang ajar. Saya rasa dalam hal ini, bukan saya seorang saja artis yang yang bersuara lantang. Artis pun ada perasaan dan air muka, walaupun orang kata penampilan saya moden tapi kalau nak tegur tu, agak-agaklah. Jangan sampai memalukan orang

Beginilah fenomena artis sekarang. Ada perkara yang mereka suka, ada yang tidak. Tapi memang sebenarnya kita tak mampu nak puaskan hati semua orang. Lain orang, lain pendapat. Tak gitu ?









No comments:

Post a Comment