Pages

Thursday, November 14, 2013

Yasmin Hani Umum Nama Anak Ekslusif di Astro

Mungkin sudah menjadi trend semasa di mana selebri-selebriti di Malaysia untuk membuat liputan khas mengenai kelahiran anak mereka. Selepas Diana Danielle dan Farid Kamil, kini giliran Yasmin Hani pula. Kata Yasmin Hani:

Kami memang sudah ada nama pilihan namun tak dapat didedahkan dulu berikutan kontrak berkenaan sudah diikat. Saya minta maaf tak dapat nak kongsi nama, gambar atau butiran lanjut bayi itu kerana semuanya akan didedahkan secara eksklusif dalam program berjudul Celebrity Maternity di Astro nanti.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa Yasmin Hani tidak mahu mengumumkan nama anak beliau. Kalau diumum, takut di saman pula. Jadi teka-teki mengenai bayi sulung beliau akan terjawab dalam rancangan Celebrity Maternity. Sama-sama kita nantikan.


Ternyata Yasmin Hani sangat teruja semenjak bergelar ibu. Maklumlah, pengalaman untuk pertama kali. Menurut beliau:

Saya tak tahu bagaimana nak ungkapkan secara terperinci perasaan ini selepas dua hari bergelar ibu. Selain seronok dan bersyukur dengan kelahiran ini, yang pasti sekarang saya menjadi taksub pada anak ini.
Alhamdulillah anak saya lahir ‘ngam-ngam’ dalam tempoh 40 minggu. Memang tarikh 12 November itu tepat seperti jangkaan. Semuanya OK, bayi sihat dan cukup sifat. Malah saya juga tak sabar balik ke rumah untuk jalani proses berpantang secara tradisional dengan pantauan emak.




No comments:

Post a Comment