Gara-gara penulisan Zubir di Berita Harian mengenai perkahwinan rahsia antara Aeril Zafrel dengan Ummi Nazeera, Zubir telah tampil memohon maaf secara terbuka kerana terbukti perkara tersebut adalah tidak benar. Perkara tersebut sebenarnya telah disangkal oleh Ummi Nazeera sendiri melalui laman twitter, dan sememang sumber berita itu ialah palsu. Kata Zubir, ada pihak lain yang telah masuk campur.
Zubir mohon maaf secara terbuka terhadap Ummi dan keluarganya atas
penerbitan gosip berkenaan. Apabila Ummi sudah menafikannya menerusi
Twitter, Zubir anggap gosip berkenaan sekadar khabar angin yang sengaja
dicipta atau direka pihak tidak bertanggung jawab untuk memanaskan lagi
isu pernikahan Aeril-Wawa. Harap pihak lain tidak menyibuk!
Ada peminat mempertikaikan mengapa Zubir tidak meminta maaf kepada Aeril Zafrel sedangkan dia juga turut terlibat dengan fitnah yang dilemparkan. Mereka berpendapat, mungkin Ummi Nazeera anak VVIP maka oleh kerana takut disaman, Zubir dengan segera meminta maaf. Sememangnya kalau dah salah tu, tak kira pangkat, tak kira darjat, mestilah mohon maaf juga dengan Aeril.
No comments:
Post a Comment