Pages

Friday, November 15, 2013

Kes Sudah Selesai, Jadi Tak Payah Bercakap Mengenai Saya Lagi - Rebecca Nur Al Islam

Rupanya belum habis lagi perang mulut antara Rebecca Nur Al Islam dan Erma Fatima. Perang tercetus gara-gara Rebecca telah memfailkan saman kepada Erma Fatima kerana beliau gagal membayar baki bayaran lakonan drama Dejavu Di Kinabalu. Apabila kemenangan berpihak kepada Rebecca, pihak yang satu lagi tidak berpuas hati dan mula melancarkan perang mulut di laman sosial. Erma dikatakan menkritik Rebecca sebagai seorang pelakon yang tidak berdisiplin.

 Kata Erma:

Saya hanya kalah dalam kes ini kerana kesilapan teknikal iaitu tidak menghantar notis bertulis membatalkan khidmatnya sebagai pelakon daripada kontrak berkenaan. Kalau hantar, adakah dia akan mengakui kesilapannya?


Rebecca sememangnya tidak berpuas hati dengan kata-kata sinis yang dilemparkan kepadanya.

Saya berharap pihak di sebelah sana berhenti bercakap. Kes sudah selesai, jadi tak payah bercakap mengenai saya lagi. Tak perlulah bergaduh di Twitter dan Instagram. Harap pihak sebelah sana profesional dan matang.
Janganlah fitnah saya tak berdisplin sebab ia boleh diibaratkan menabur pasir pada periuk nasi saya. Tapi kalau benda (dakwaan) ini terus berlaku, saya akan ambil tindakan.

Namun menurut orang ramai, bukan sahaja Erma Fatima yang mengeluarkan kata-kata sinis, Rebecca turut sama menggunakan kata-kata yang kurang sopan di laman sosial Instagramnya


No comments:

Post a Comment