Pages

Wednesday, November 13, 2013

[Panas]: "Kalau Untuk Kecantikan, Apa Salahnya Buat Pembedahan Plastik" - Hanez Suraya

Siapa yang tidak kenal dengan si cantik Hanez Suraya. Sejak membintangi drama Love You Mr Arrogant, memegang watak antagonis sebagai Sherry, nama beliau sudah mula melonjak naik. Memang menjadi sungguh watak yang dibawanya sampaikan admin sendiri rasa benci dengan watak beliau. Namun, baru-baru ini ada gosip yang mengatakan Hanez Suraya telah terbang ke Bali semata-mata untuk menjalankan pembedahan plastik. Ekoran berita tersebut, Hanez telah tampil memberikan penjelasan:

Cerita ini tidak benar, saya ke Bali baru-baru ini adalah untuk bercuti dan bukan kerana melakukan pembedahan hidung.
Saya tahu ada individu yang sebarkan berita palsu ini dan cuba memburukkan nama saya dalam industri.


Tetapi, dalam masa yang sama beliau tidak mempunyai halangan dalam isu pembedahan plastik. Katanya:

Bagi saya pembedahan plastik sudah jadi satu perkara normal bagi sesetengah orang. Kalau seseorang itu buat pembedahan plastik untuk cantik, kenapa tidak? Itu adalah hak masing-masing.

Kalau dilihat, Hanez Suraya mempunyai kecantikan yang semulajadi. Orang kalau dah cantik, tak perlu pun pembedahan plastik ni. Tak gitu?


No comments:

Post a Comment