Pages

Sunday, December 1, 2013

Pasrah Tanpa Anak, Bakal Akhiri Zaman Janda - Shanie

Selama 11 tahun bergelar janda akhirnya sekitar penghujung Februari tahun depan, pelakon comel Syanie atau Syaniza Hisham, 39, bakal dinikahkan dengan lelaki pilihan hatinya Nadi Putera Mohd Zainol. 


Tidak menolak kemungkinan dia juga akan menghadapi kesukaran untuk mengandung kerana faktor umur, bagi Syanie kehadiran dua anak dari perkahwinan pertama Putera bakal melenyapkan rasa gundahnya itu.

Putera sudah tiga tahun menduda, dan saya akan menjadi ibu segera kerana dia sudah mempunyai dua anak. Syukur sebenarnya boleh menumpang kasih anak-anak Putera nanti. “Saya bersyukur sebenarnya untuk mempunyai anak tiri memandangkan saya sudah memberitahu Putera yang saya mungkin akan menghadapi masalah untuk mengandung kerana faktor umur, tetapi jawapan yang diberikannya melegakan saya. Menurut Putera dia tidak kisah kerana dia juga sudah mempunyai zuriat

Bagi Syanie antara fokusnya yang penting kini adalah untuk memastikan perkahwinannya kali ini kekal selama-lamanya.


Kalau ada rezeki saya juga mahu menimang cahaya mata. Memandangkan kami berdua sudah mempunyai pengalaman dengan hubungan lalu, apa yang dapat diharapkan melalui perkahwinan kali ini kami tidak akan melakukan kesalahan yang sama

Mengimpikan mengadakan majlis perkahwinan di tepi pantai, dia kini juga sebenarnya sedang bertungkus lumus memastikan hari bahagianya itu nanti berlangsung meriah. Tidak mempedulikan kata-kata negatif yang sering sampai ke telinganya


No comments:

Post a Comment