Pages

Wednesday, December 4, 2013

[GEMPAR]: Erma Fatima Bayar Saman Kepada Rebecca Nur Islam Dengan Duit Syiling 5 Sen

Terkejut juga dengan tindak balas Erma Fatima terhadap kes saman kepada pelakon Rabecca Nur Al Islam. Mana tidaknya, selepas Erma diarahkan membayar baki bayaran kerja artis tersebut, Erma telah memberikan jumlah RM 11,200 dalam bentuk syiling 5 sen. Rebecca Nur Islam berkongsi sekeping gambar duit syiling yang banyak di akaun media sosialnya. Daripada caption yang ditulis, nampak gayanya duit syiling 5 sen tersebut adalah daripada Erma Fatima, yang diarahkan membayar saman sebanyak RM11,200 kepada Rebecca.


Siapa sangka perkara sebegini akan berlaku. Nampak gaya Erma Fatima kelihatan cuba membalas secara halus kepada Rebecca. Rasa nak tergelak pun ada jugak. Kalau admin di tempat Rebecca, bengang juga apabila diperlakukan begini.


Turut sama dihantar ialah sebuah kotak yang mengandung kitab AL-Quran. Agak pelik juga kenapa disertakan sekali Al-Quran. Sukar difahami sungguh motif Erma Fatima. Mungkin ada makna yang tersirat di sebalik pemberian tersebut. 

No comments:

Post a Comment