Pages

Wednesday, December 4, 2013

Shila Amzah Akui Tidak Pernah Cintakan Johan As’ari

Setelah pelbagai kontroversi yang melanda sepanjang minggu lalu yang mengatakan Shila Amzah kecewa dengan Johan As'ari, melalui akhbar Harian Metro semalam, Shila Amzah telah tampil menulis penjelasan secara penuh dari dirinya sendiri. Apa yang menariknya, Shila menyatakan yang beliau tidak pernah menyintai pelakon itu.

Seperti yang semua sedia maklum, memang Shila dan Johan ‘bersahabat’ & persahabatan kami diketahui keluarga kedua dua belah pihak. Shila langsung tidak pernah ada perasaan cinta pada Johan. Definisi antara sahabat dan cinta adalah dua perkara yang sangat berbeza

Apabila bertanyakan soalan mengenai gambarnya bersama Johan As'ari dipadam, ramai yang menyangka Shila Amzah bertindak seperti itu kerana terlalu kecewa.

Shila terus membuat keputusan drastik untuk memadam gambar-gambarnya (Johan As’ari) daripada laman Instagram Shila kerana beranggapan tidak manis untuk Shila letakkan gambar peribadi bersama seseorang yang bakal menjadi suami orang


Shila tidak marah atau menyimpan apa-apa perasaan padanya sehingga Shila terbaca satu kenyataan di akhbar bahawa dia membuat loudspeaker ketika bercakap dengan ibu Shila untuk membuktikan sesuatu pada orang lain. Pada Shila, itu tindakan yang tidak wajar






Kalau sudah begitu penjelasan Shila Amzah, para peminat dan media diharap tidak memperbesarkan hal ini dan tidak lagi mengaitkan dirinya dengan Johan As’ari mahu pun Lana Nordin. Biarkan sahaja Shila tumpukan pada kerjaya. Itu yang sebaiknya

No comments:

Post a Comment