"Orang hanya pandai mengata, tuduh saya tak tahu jaga anak dan
macam-macam lagi. Hakikatnya, saya dan suami sudah jalankan
tanggungjawab kami dan anak saya bukan gadis liar yang boleh keluar
rumah sesuka hati.
Kalau perkara sama berlaku pada mereka (orang yang
mengata), mungkin baru mereka tahu apa yang saya dan suami rasakan
sekarang. Saya merayu, fahamilah situasi kami dan janganlah tuduh kami
yang bukan-bukan"
Itu luahan hati seorang ibu mahu dikenali sebagai Rohani, 36, selepas
rakaman video anak perempuannya yang berusia 15 tahun dengan 'aksi
mesra' bersama teman lelaki, kini tersebar meluas di laman YouTube dan
Facebook (FB).
Rohani berkata, perhubungan anak perempuannya, dinamakan sebagai F
dengan teman lelakinya yang juga berusia belasan tahun memang
diketahuinya, namun dia tidak menyangka mereka akan bertindak sejauh
itu.
Saya memang tahu mereka berkawan rapat, tapi tak sangka pula
sampai merakam video berpeluk dan bercium dan dimuat naik pula ke
Internet. Tapi anak saya tak tahu siapa yang sebarkan video itu di internet tapi
dia syak ia dilakukan oleh kawan teman lelakinya
Memurut Rohani, dia mendapat tahu mengenai rakaman
video itu apabila diberitahu sendiri anaknya selepas ia tersebat di
internet. Rakaman
video aksi mesra F bersama teman lelakinya yang berpelukan dan bercium
di pondok sebuah taman rekreasi mendapat perhatian pelayar
internet.
No comments:
Post a Comment