Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dihantar ke rumah
pengasuh di Alor Gajah oleh ibunya, dilaporkan telah dirogol oleh anak
tiri pengasuh itu.
Mengikut laporan The Star online, polis sedang menyiasat kemungkinan
anak tiri pengasuh yang baru berumur 11 tahun itu, merupakan perogol
yang paling muda di Malaysia.
Kejadian itu dilaporkan berlaku apabila pengasuh tersebut telah pergi ke
kedai runcit berdekatan.
Jiran pengasuh tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Shima,
memberitahu The Star bahawa beliau masuk ke dalam rumah pengasuh itu
melalui pintu belakang, apabila sangsi melihat rumah yang sunyi sepi itu.
"Tiba-tiba, kanak-kanak perempuan itu berlari keluar dari sebuah bilik
dengan keadaan separuh bogel, sambil menangis dan nampak terkejut. Selepas menenangkan kanak-kanak itu, saya memeriksa rumah itu dan
mendapati budak lelaki itu bersembunyi di belakang pintu sebuah lagi
bilik. Dia memakai seluar sahaja dan apabila ditanya, dia menjawab dia
sedang bersedia untuk pergi ke kelas agama. Saya syak sesuatu tidak kena dan terus menelefon ibu kanak-kanak
perempuan itu" kata Shima kepada The Star.
The Star turut melaporkan bahawa kanak-kanak itu menceritakan kepada
ibunya bahawa budak lelaki tersebut telah berbaring di atasnya dan
kemudian dia merasakan sakit yang amat sangat di kemaluannya.
Ibunya membuat laporan polis dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 376
Kanun Keseksaan di atas kesalahan merogol.
Sumber: Awani
No comments:
Post a Comment