Pages

Wednesday, December 4, 2013

[TAHNIAH]: Shawal AF Selamat Menjadi Tunangan Orang

Shawal AF5 atau nama sebenarnya Mohd Shawal bin Ruslan dikhabarkan telah selamat bertunang pada hari Sabtu lalu. Menurut sumber-sumber terapat, Shawal dikatakan telah mengikat tali pertunangan dengan pilihan hati yang dipercayai bernama Azura di Kelana Jaya pada 30 November lepas. Majlis pertunangan mereka hanya diadakan secara kecil-kecilan tanpa jemputan sebarang pihak media.


Berita baik ini turut dikuatkan lagi pabila adik kepada Shawal iaitu Gadaffi Ruslan memuatnaik sekeping foto di laman Facebook-nya sambil meluahkan ucapan tahniah kepada abangnya itu.





No comments:

Post a Comment