Pages

Wednesday, December 4, 2013

Pernah Jadi Pelayan Pusat Komputer & Cuci Tandas Kapal Terbang - Christina Suzanne

Air mata pelakon jelita Christina Suzanne tumpah tatkala ditemu bual media usai menggenggam trofi kemenangan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem (menerusi filem KIL) pada Anugerah Skrin 2013 (ASK2013) minggu lalu.

Christina berjaya mengetepikan nama-nama besar seperti Nora Danish (Mencari Cinta), Nadia Aqilah (Zaiton Ceritaku), Lisa Surihani (SAM) dan Jojo Goh (29 Februari). 



Saya menangis sebab teringat pekerjaan lama saya. Saya pernah bekerja di pusat komputer (cyber cafe), menjadi pelayan dan juga pramugari. Mungkin ramai yang fikir jadi pramugari satu pekerjaan yang glamor seperti berlakon tetapi sebenarnya tidak. Saya kena buat macam-macam termasuk mencuci tandas kapal terbang


Pelakon berasal dari Johor Bahru itu juga memberitahu, dia ingin menghadiahkan kemenangannya tersebut buat ibunya. Semuanya kerana berkat sokongan dan kata-kata nasihat yang diberikan ibunya.

Saya mahu hadiahkan kemenangan ini pada ibu. Sewaktu saya beritahu dia ingin terlibat dalam bidang seni, dia pesan agar saya pandai menjaga diri. Jangan ada gosip bukan-bukan.
"Tetapi, bila saya mula berlakon, kami sudah jarang sekali berbual bersama. Kadang-kadang saya balik penggambaran ibu sudah tidur dan kadang-kadang ibu hendak bersembang saya sudah penat dan tidak begitu mengendahkannya. Namun, keesokannya saya akan meminta maaf padanya (ibu) kerana bersikap macam itu





No comments:

Post a Comment