Pages

Wednesday, December 4, 2013

[Gosip]: Johan As'ari Tampil Dalam Klip Video Shila Amzah?

Bercerita mengenai penyanyi Shila Amzah yang sedang hangat diperkatakan mengenai hubungan tidak menjadinya dengan Johan As'ari. Mungkin ramai yang tidak tahu, selain menyanyi, Shila mempunyai bakat melukis potret wajah dan sering memuat naik gambar lukisannya itu di Instagramnya dengan IG @shilaamzah.

Shila sering melukis potret wajah selebriti popular seperti Datuk Siti Nurhaliza, Taufik Batisah, Johnny Depp dan terkini Paul Walker




Terkini, Shila ada memuat naik beberapa gambar klip video lagu Masih Aku Cinta. Katanya, model lelaki dalam klip video itu seperti Johan As'ari. Kalau betul Johan yang tampil sebagai model lelaki dalam klip video tersebut mesti ramai peminat yang tidak sabar menontonnya.


Lagu ini khabarnya telah dicipta oleh Shila sendiri apabila kisah percintaannya bersama Sharnaaz Ahmad tamat sekitar Februari 2013. Kalau diperhati jalan cerita video muzik ini, ada persamaan dengan kisah cinta Shila Amzah tetapi ianya di’refleksikan menerusi watak yang di’bawa Johan As’ari













No comments:

Post a Comment