Pages

Thursday, March 27, 2014

[GEMPAR]: Datuk Jalaluddin Hassan Nyaris Kena Cabul Dengan Bos Sendiri


Mungkin tidak ramai peminat mengetahui kisah hidup sebenar pelakon tersohor negara, Datuk Jalaluddin Hassan, 60. Hari ini akhbar Utusan telah berkongsi satu artikel yang menceritakan pengalaman beliau berdikari sehingga bergelar pelakon.


Apa yang menarik perhatian ialah pengalaman Jalaluddin bekerja dengan syarikat East Asiatic di Jalan Ampang. Ketika itu, beliau berusia dalam lingkungan 20-an.

Sebelum mula bekerja dengan syarikat terbabit, Jalal terpaksa menjalani latihan selama tiga bulan. Beliau kemudiannya diserap sebagai pekerja tetap dan memegang jawatan kerani sehingga dicemburui oleh kebanyakan pekerja lain. Tidak lama selepas itu, Jalal dinaikkan pangkat sebagai penyelia. Di sinilah kisah bagaimana beliau berdepan detik-detik cemas nyaris dicabul.

“Masa itu, saya sudah pun berkahwin. Nak dijadikan cerita, saya telah dipanggil masuk ke pejabat pemilik syarikat berkenaan yang merupakan seorang lelaki Inggeris yang sudah lanjut usia sedangkan saya ketika itu berusia dalam 20-an.

“Berbual dengannya di dalam pejabat, bos saya itu hairan kenapa saya cuma kerja biasa-biasa sedangkan dia melihat saya mahir berbahasa Inggeris. Saya katakan sebenarnya saya mahu menimba pengalaman hidup di samping menanam hasrat untuk menjadi pelakon.

“Namun selepas saya katakan begitu, dipendekkan cerita, tiba-tiba dia cuba membuka seluarnya dan mahu melakukan perbuatan tak senonoh. Saya tak cakap banyak, angkat kaki dan lari macam tak cukup tanah! Terkejut.


“Pertama kali saya berdepan dengan manusia sepertinya. Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Marah, sakit hati, semuanya ada.”


Wednesday, March 26, 2014

Dua Pelajar Yang Terselamat Ceritakan Detik Cemas Hilang Di Gunung Bubu


Saya nampak mereka terkapai-kapai, tapi tak boleh nak selamatkan, keadaan sangat bahaya, sudahnya saya hanya mampu menangis lihat mereka, kata salah seorang mangsa yang selamat, Siti Azimah Mohd Fitri, 17.

Menurutnya, dia tidak mampu menyelamatkan dua rakannya itu berikutan tidak pandai berenang sebelum menjerit meminta bantuan seorang lagi rakan, Muhamad Putera Rafaii yang tidak jauh dari tebing Sungai Gading, lokasi dua mangsa ditemui lemas.

“Setibanya Putera ke tebing Sungai Gading, kami tidak nampak mereka lagi. Sebelum itu, kami bercadang untuk menyeberangi sungai itu untuk menjejaki kumpulan lain, tidak sangka jadi begini. Sungai itu kelihatan seperti kolam dengan air tenang. Kami ingatkan airnya cetek kerana dari tepi kami nampak dasar sungai itu hanya sejengkal, tidak sangka ia dalam.

Di antara kami, hanya Putera sahaja pandai berenang,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Kangsar di sini, semalam. Siti Azimah yang pernah mengikuti ekspedisi sama tahun lalu mengakui, masih trauma dan tidak bercadang mengikuti ekspedisi lasak kelak selepas kejadian meragut dua nyawa rakannya itu. Katanya, dia bersyukur dapat kembali ke pangkuan keluarga, namun masih bersedih.


Sementara itu, Muhamad Putera turut menceritakan perit jerih mereka berdua meneruskan perjalanan mencari jalan pulang selepas berpisah dengan kumpulan lain selepas tragedi itu. Katanya, mereka terpaksa mencari tempat teduh dengan tidur di celah-celah batu yang dingin ketika hujan lebat pada malam kejadian.

“Pada hari kedua, kami berusaha mencari mereka berdua di pesisir sungai dan menemui Adam Asraf Azman dalam keadaan tertiarap di tebing sungai. Kami berdua cuba menarik mayat Adam ke tepi tetapi kaki dia tersangkut dekat celah-celah batu. Kami sedih terpaksa meninggalkan dia (Adam) di situ sebelum berusaha mencari jalan keluar dengan menuruni gunung dan tidur kira-kira 500 meter dari mayat Adam,” katanya.

Muhamad Putera berkata, mereka memasang unggun api bagi mengelakkan kesejukan dan bergilir-gilir menjaga antara satu sama lain. Kami guna segala ikhtiar kehidupan yang dipelajari dalam ekspedisi ini dengan menggunakan sungai sebagai sumber minuman. Kami bernasib baik apabila membawa makanan dalam tin yang disandang sepanjang perjalanan itu dan ketika ditemui, kami ingin memasak makanan berikutan kelaparan dan keletihan,” katanya.

Pada Ahad lalu, empat pelajar Tingkatan 5 Kolej Vokasional Padang Rengas dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi mendaki Gunung Bubu di Ulu Kenas. Kehilangan keempat-empat pelajar itu disedari guru pengiring mereka ketika menuruni gunung tersebut kira-kira jam 2.30 petang. Pelajar yang semuanya berusia 17 tahun menyertai perkhemahan yang dianjurkan kolej berkenaan bersama 21 pelajar lain dengan ditemani enam guru pengiring


Penjelasan Tauke Jambu Isu Gambar Berpelukan Di Kelab Malam Tersebar?


Tersebar beberapa keping foto ‘mesra’ Tauke Raja Lawak bersama beberapa orang gadis di sebuah kelab malam di blog-blog hiburan tempatan. Foto daring tersebut secara tidak langsung telah mengaitkan Tauke dengan kontroversinya dulu dan pelawak ini turut digelar ‘kaki perempuan’.


Memetik sumber OhBulan, Tauke yang dihubungi menjelaskan bahawa dia sedia maklum mengenai perkara itu dan tidak merasakan bahawa imejnya akan tergugat dengan penyebaran foto tersebut.

“Sebenarnya gambar itu gambar lama. Dah pernah keluar pun sebelum ini dalam internet, cuma kali ini lebih kecoh apabila masuk dalam banyak blog hiburan.

Saya akui memang saya ada di kelab tersebut bersama kawan-kawan selepas selesai sesi penggambaran. Tetapi, saya tidak kenal pun siapa wanita itu dan dia yang minta saya peluk.

Saya cuma menjaga hati peminat apabila meminta untuk bergambar bersama saya. Jadi, saya rasa saya perlu lebih berhati-hatilah selepas ini supaya perkara ini tidak terjadi lagi.”

Tauke turut menambah bahawa dia tidak tahu siapa yang menjadi dalang penyebaran gambar tersebut dan tidak berani menuduh mana-mana pihak.

“Dulu memang saya kerap ke kelab malam, tapi sekarang saya dah tak pergi langsung. Malah, agak tidak wajar jika ada pihak yang mahu mengaitkan perkara ini kes perceraian saya kerana isteri saya dulu memang akan sentiasa bersama saya 24 jam, saya pergi mana-mana pun akan ada dia.


Tapi nak buat macamana, jodoh itu ketentuan Allah SWT. Takpelah, bagi saya benda yang dah lepas tu, biarlah lepas. Namun, saya juga tak nafikan yang kita tak boleh tutup mulut orang. Bukan semua orang suka pada kita kan?”

Tuesday, March 25, 2014

Che Ta & Zain Saidin Sudah Memilih Nama Bakal Anak Mereka?

Pasangan suami isteri mana tidak gembira apabila mengetahui mereka bakal menimang cahaya mata hasil dari perkahwinan tersebut. Begitu juga perasaan Rozita Che Wan dan suaminya Zain Saidin apabila mengetahui Che Ta sudah hamil. Che Ta memberitahu, dia sendiri tidak menyangka perkahwinan keduanya yang baru berusia empat bulan sudah membuahkan hasil. 


Menurut Che Ta, ini merupakan antara hadiah paling berharga yang baru menyambut kelahiran dirinya yang ke-41. Tidak cukup dengan itu sahaja, dia yakin kehadiran anak ini bakal melengkapkan impian Zain untuk bergelar bapa.



Zain memang rapat dengan anak-anak saya. Dia juga suka budak-budak. Jujurnya melihat anak adik-adik saya dia sering memberitahu dia yakin mampu menjadi seorang ayah yang baik untuk anak kami nanti. Mungkin ini hadiah hari lahir untuk kami berdua tahun ini, Zain baru sahaja menyambut hari lahir yang ke-30 pada 23 Februari lalu dan saya 9 Mac


Selain itu, Che Ta memberitahu teruja untuk mengetahui jantina anak. Che Ta dan Zain juga sudah memilih nama untuk anak yang bakal dilahirkan nanti. Muhammad Ali atau Aishah adalah nama yang sudah dipilih.


[PANAS]: Penjelasan Suami Sri Yanti, Edy Casmadi Isu Penceraian?


Suami kepada pelakon dan peserta program Fear Factor Musim Kedua, Sari Yanti iaitu Mohd Edy Casmadi Che Hussin meminta pihak media tidak bertanya sebarang soalan mengenai keretakan rumah tangganya bersama wanita berkenaan kepadanya.


Mohd Edy, 34, ketika ditemui diperkarangan Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di sini pada Khamis berkata, dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk mengulas mengenai perkara itu memandangkan dia bukan seorang selebriti.


“Tanya dia, jangan tanya saya. Lebih baik dia (Sari Yanti) yang memberikan komen mengenai perkara ini kerana saya bukannya selebriti,” katanya kepada mStar Online.



Pada 25 Februari lalu, Sari Yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari, 30, menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.

Usaha untuk memperbaiki keadaan juga tidak berhasil apabila kedua-dua belah pihak tidak hadir untuk mengikuti proses sulh (berdamai) yang sepatutnya berlangsung di Kompleks Mahkamah Syariah Seremban, pada Rabu lalu. Mengulas mengenai perkara berkenaan, Mohd Edy secara ringkas memberitahu; “Saya tidak bersetuju dengan penceraian”. -mStar-

Hasil perkahwinan selama 5 tahun, Mohd Edy Casmadi dan Sari Yanti dikurniakan dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2. Semoga ada jalan penyelesaian yang tidak melibatkan penceraian dapat dicapai oleh pasangan suami isteri ini. Sama-samalah kita doakan. Apa pun, fikirkanlah anak-anak sebelum membuat sebarang keputusan.