Ekoran tersebarnya gosip yang mengatakan Aeril Zafrel menjalinkan hubungan cinta dengan Ummi Nazeera, beliau telah pun menafikan dakwaan tersebut.
"Saya sedar diri saya bukanlah popular pun, namun fitnah seperti ini seperti cubaan mahu mencemarkan dan menjatuhkan peribadi agar orang lain turut bertanggapan buruk pada saya.
Secara jujurnyanya saya dengan Ummi hanya bertegur sapa di laman sosial sahaja dan kami tidak pernah berjumpa secara peribadi dengannya."
"Alhamdulillah kehidupan kami kini bahagia dan tenang, Wawa tinggal dengan saya di sini dan anak kami semakin membesar dan sihat.
Kalau boleh biarlah masyarakat mengenali kami sahaja dan saya mahu dia membesar dalam dunia dia sendiri tanpa melibatkan sebarang publisiti.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya, selepas isu ini apa yang saya lihat lebih ramai yang memberi sokongan kepada kami."
Nampaknya kedua-dua pihak pun sudah memberi penerangan. Tak perlulah perkara ini dipanjangkan. Moga kebahagiaan milik mereka
No comments:
Post a Comment