Baru baru ini tersebar sekeping gambar yang jelas menunjukkan kemesraan Adira dan Hafiz. Ramai yang beranggapan pasangan ini telah kembali menyemai cinta selepas hubungan cinta pernah pernah putus di tengah jalan beberapa tahun lalu.
Kalau diperhatikan, jelas menunjukkan kemesraan mereka. Namun, Hafiz telah tampil memberikan kenyataan:
"Itu gambar biasa sahaja. Kami tiada apa-apa hubungan pun, hanya sekadar rakan sekerja. Harap mana-mana pihak tidak salah anggap berdasarkan foto yang dimuat naik itu.
Memanglah dahulu saya dan dia (Adira) bercinta. Tapi itu tiga tahun lepas dan sekarang ini kami hanya kawan. Rasanya tak manis jika kami dikaitkan lagi. Nanti apa pula kata pasangannya yang mungkin terluka dengan gosip sebegini.."
Nampaknya mereka hanya kawan biasa sahaja. Tapi kelihatan memang rapat betul Hafiz memeluk Adira. Tidak marah ke pasangan Adira ni ye?
No comments:
Post a Comment