Baru-baru ini Nora Danish ada berkongsi gambar detik-detik percutian beliau dengan Nedim di London. Namun ada ura-ura yang mengatakan bahawa tiket penerbangan yang bernilai RM25,000 telah ditaja oleh Nedim. Besar juga jumlah RM25,000 itu, mesti Nora Danish membeli tiket bissness class. Namun, ND memberitahu tiket itu dibayar dengan menggunakan wang sendiri.
Malah, KOSMO telah menerima satu salinan harga tiket penerbangan ke London. Kemungkinan orang yang menunjukkan salinan tersebut adalah salah seorang pekerja syarikat penerbangan itu.
Saya kira pengirim itu sungguh tidak amanah dalam pekerjaan dia. Apa masalahnya dengan jumlah tersebut? Saya bayar pakai duit saya sendiri, bukannya Nedim. Saya bekerja keras dan punya wang sendiri. Saya mampu untuk membayar perbelanjaan tersebut tanpa tanggungan sesiapa.
Saya salahkan sosial media yang semakin meluas sebab dulu orang hanya mengutuk dalam blog-blog sahaja, tetapi kini secara depan-depan di dalam akaun milik kita pun mereka lakukan (ketawa). Haters (pembenci) suka cakap perkara yang mereka rasa tahu, tapi sebenarnya tak tahu apa.
Saya juga sudah kaji tentang pembenci saya, yang kebanyakannya terdiri daripada budak-budak, jadi saya abaikan sahaja mereka. Nedim juga tak kisah dengan keadaan ini, dia cool. Cuma dia risau saya dihentam teruk kerana dia memang seorang yang proaktif terhadap saya.
Apa sangatla nilai RM25,000 itu pada ND. Sedia maklum bahawa ND memang banyak peluang berlakon filem dan drama. Jadi tentunya tak perlulah kita bertanya-tanya dari mana datangnya duit beliau.
No comments:
Post a Comment